Ruhh al-Hani

TIME is like a river; you can’t step on the same water twice because the flow that has passed will never pass you again. Cherish every moment of your LIFE

7 - 8

Filed under: Uncategorized — aylahoney at 11:07 am on Thursday, July 30, 2009

Assalamualaikum.

Waktu kini menghampiri 2am. Hanya beberapa jam lagi sebelum berangkat ke Terengganu. Saya rasa rindu…

Dulu, di sini saya berkongsi sendu. Di sini saya mengukir senyum. Setelah saban lamanya saya tak menulis, rasa rinduuuu!!!!!

Saya belek kembali blog yang mula lesu ini. Hmm.. ada 7 - 8 entry yang masih belum disiapkan. Kalau ada kemampuan sekarang juga saya publish tau… =D

Ada beberapa entry masa sebelum kawin dan juga lepas kawin. Nanti bila ada kesempatan, saya pastikan semuanya di publish ya??

Hari ni saya tiba lewat di rumah sekitar jam 12am. Saya dan suami meninggalkan pejabat lebih kurang jam 6.30pm dan terus menuju ke Masjid al-Mardhiaah di Taman Melawati untuk mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Bro. Idris Tawfig - seorang paderi di Vatican City yang telah kembali kepada fitrah. Tajuk kuliah adalah “My Journey to Islam”. Beliau dalam rangka lawatan ke seluruh dunia untuk bertemu umat Islam.

Kuliah yang disampaikan sangat santai tetapi menusuk kalbu. Lama rasanya saya tidak hadir ke majlis-majlis ilmu semenjak terjebak dengan dunia kerjaya. Alangkah malangnya saya!!!

Syukur sejak bekerja di sini, kami suami isteri dapat meluangkan waktu menyertai kelas mengaji dan tajwid pada setiap hari khamis 1-2pm. Ustaz Azri yang merupakan guru kami banyak menyampaikan perkembangan Islam di Malaysia kepada kami. Beliau juga adalah seorang muallaf dan sedang berusaha untuk membantu ibunya mengenali Islam. Kami doakan Allah mengurniakan hidayah kepada ibu beliau sepertimana bapa dan adik-beradik beliau yang lain.

Harapan kami tiada lain kini… selain memperbaiki iman dan amal.

LAMA

Filed under: Deeper Than The Ocean, Love, MyLove, MyTakTakk, MyWedding — aylahoney at 7:58 am on Thursday, January 15, 2009

Salam everyone!!!

Wahhh… long time no see. Apa khabar semua?? Saye?? Alhamdulillah, belum mandi lagi walaupun dah kul 10pm.. keh kehh.. ssshhhh!!! suami saya takda.. Dia kuar main futsal. Dia balik around 11pm kot so 10.50pm nanti saya mandi le… =P

Sebenaqnya, kami malas nak blog dah tapi disebabkan takle upload gambar kat fs and ramai le plak request sambung chot chet kat sini, saya tunaikan….

Tadi kekok juga nak mula menulis. Almaklum, lama tak membebel kat sini. Slalu membebel kat suami jek… ;D Lama sgt tak bukak blog sampai lupa title slalu hurup kecik kaa.. besaq kaa.. terpaksa bukak dulu blog and view baru ingat..

LAMA menyepi kat sini.

Ada yang RINDU?? =D

Sebenarnya tanda-tanda seseorang tu sibuk yang melampau ialah apabila dia tak melakukan rutin/hobi/minat/kecenderungan nya macam selalu. Termasuk la saya…

SIBUK NAK KAWIN.

Dah kawin sibuk nak makan.

Haa ni la jadiknya badan membesar bagai dipam. keh kehh.. Naik 0.5kg tau!! Alhamdulillah…. ;D Macam byk je bunyik kan?? Skrg saya dah mula cuak..

“Kok gini sudah nikahin??” =D

Actually, saya sedang melalui perubahan FASA TERBESAR dalam hidup.

Saya kini seorang ISTERI.

Saya kini penjawat AWAM.

Saya kini tinggal di SHAH ALAM.

Saya kini dah beli KERETA.

Saya kini dah membesar di beberapa bahagian ;P

Saya kini semakin berselera MAKAN.

Saya kini lebih RAJIN (ye laa.. suami asik penuhkan bakul kain baju kotor. Saye lahh tukang bersihnya….kalau dulu seminggu sekali sekarang hari-hari…)

Saya kini kembali MEMASAK (walaupun so far cuma maggi, roti bakar & sardine roll.. Okay la kan??)

Saya kini malaaas LULUR.

Saya kini tengok TV.

Saya kini pok pek di rumah tapi MEMBISU di pejabat.

Saya kini satu bangunan kerja dengan SUAMI (Takle laa mengelat…;P)

Ohhhh.. byk kalau nak disenarai pendekkan… So apa kata kita tengok gambar nak??

JOMMMM…

MALAS

Filed under: Deeper Than The Ocean, MyLove, MyWedding — aylahoney at 8:44 am on Tuesday, November 25, 2008

Oiii.. serious malas betul nak menulis lately ni.. Ape mau jadi daaa… Ni baru je balik dari opis around 10pm. After had a late dinner, I’m stuck in front of this notebook till now.. it’s already 11.30pm.. huarrghhh!!!

MALAS NYER MAU MANDI!!!

Actually, Mulai this week saye mula buat rawatan lulur ke atas badan sendiri.. hihiii.. leceh juga membuatnya tapi kak ipar paksa last sunday sebab katanya, kulit saye sgt kusam sekarang especiallly bila saye kerap keluar opis for meetings, authority matters, shopping kawin n etc..

LETIH KORANG NAK KAWIN NIHHH!!!!

Walaupun saye mula membuat persediaan kawin seawal April 2008, tapi sampai sekarang still ada byk lagi yg tak siap. Macam-macam pulak nak jadi bila makin dekat majlis. Yang paling takle terima bila baju nikah saye disalah jahit oleh taylor. Bengang tahap agung laa sebab french lace tu hadiah dari bakal mama mertua. Kuar dari butik tu saye terus nangis. Luckily tunang saye ada temankan so bila tgk muka dia saye cool sikit.

Lepas berhari-hari saye pk, at last saye decide utk tempah baju nikah yang baru kat tukang jahit baju pertunangan dan merisik dulu. Alhamdulillah dia sudi bantu kalau tak, sure saye nangis bila terpaksa pakai baju yg salah jahit tu masa nikah.Tapi yg kelakarnya, warna baju nikah saye dan suami nanti tak sama… Kitorg dah malas nak pk.. as long as pakai baju, dapat kawin, tak sama warna pun takpa laaa.. =D

Err, lain kali saye sambung. Nak mandi lah!!! Melekit lak rasa…..

SITUASI

Filed under: Deeper Than The Ocean — aylahoney at 7:17 pm on Friday, November 21, 2008

Lama juga rasanya saye tidak moncoret apa-apa di sini. Bukan tak sudi tapi tak pasti dari mana saye harus memulakan tiap kali saye ingin menulis. Di dalam draft sudah ada lambakan entry yang tidak dihabiskan catitannya.

Okay.. saye ada beberapa situasi yang saye mahu habiskan catitan dan post di sini. Antaranya:

  • Engagement
  • Persiapan kawin
  • Rezeki dari Tuhan
  • The Love Story
  • Hidup Baru

Saye tak janji akan menyiapkan kesemuanya sebelum majlis pernikahan berlangsung tapi saye akan usahakan.

Aja aja FIGHTING!!! =D

SYAK SEORANG SUAMI

Filed under: Sharing is Caring — aylahoney at 8:56 am on Monday, November 17, 2008

SOALAN:
Ketika saya berumur belasan tahun saya pernah terlibat dengan teman-teman mat rempit, menenggek belakang motosikal dari utara ke selatan, tetapi hanya dengan seorang teman dan tidak terlanjur.

Sekarang saya telah berkahwin dan akan melahirkan anak tidak lama lagi. Suami saya seorang yang begitu baik hati, penyayang dan terlalu mengambil berat terhadap keluarga. Tetapi sejak kebelakangan ini dia seolah-olah mengesyaki saya liar ketika muda. Saya menafikan dan dia memaafkannya, tetapi memberi amaran dia tidak reda dengan saya sekiranya saya bercakap bohong.

Saya merasa bersalah dengan apa yang saya lakukan waktu diangkut ke hulu ke hilir oleh teman lelaki saya dulu. Rasa bersalah kepada suami yang begitu jujur dan baik hati. Adakah saya perlu berterus terang dan menyatakan apa yang sebenarnya berlaku?

Saya bimbang apa yang saya lakukan tidak diterima Allah, makanan yang diberi, pakaian dan tempat tinggal tidak halal bagi saya. Saya telah insaf dan menyesal. Perkahwinan saya membuka lembaran baru dan saya mahukan anak-anak saya tidak ikut jejak langkah saya yang akhirnya menimbulkan kekesalan, rasa bersalah kepada suami yang jujur dan baik hati, biarpun saya jelaskan saya tidak terlanjur.

– Isteri setia, KL

JAWAPAN:
Persoalan utama yang perlu ditimbulkan ialah kenapa suami puan mula mengesyaki setelah puan hampir melahirkan anak. Mungkin lebih munasabah kalau dia mengesyaki sesuatu yang tidak baik selepas malam pertama perkahwinan.

Seseorang lelaki yang hendak mengahwini perempuan yang diminati perlu menyelidiki latar belakang bakal pasangannya terlebih dahulu. Sikap atau amalan seperti ini juga perlu dilakukan oleh kaum wanita, malah mereka patut melakukannya lebih serius, daripada apa yang dilakukan oleh kaum lelaki, kerana masalah-masalah yang mendatang dalam urusan rumah tangga lebih banyak ditanggung oleh mereka, biarpun keadaan yang sebenar tidak sepatutnya berlaku sedemikian rupa, kerana kedua-dua pihak perlu sama bertanggungjawab. Kedua-dua pihak perlu menyelidiki latar belakang agama, tabiat sembahyang, keluarga, masalah yang berkaitan dengan sakit keturunan dan sebagainya terhadap pasangannya.

Andainya usaha seperti ini tidak dapat dilakukan sendiri, minta tolong orang lain yang dipercayai. Inilah yang banyak dilakukan oleh orang tua zaman dahulu, yang diistilahkan sebagai “meninjau,” sebelum usaha “merisik” dilakukan.

Setelah itu barulah dilakukan “pertunangan”. Saya beranggapan usaha seperti ini perlu sebelum upacara meminang. Sekiranya ada sesuatu yang tidak menyenangkan, kepastian yang tidak dapat bukti atau ada syak wasangka, usaha-usaha menemukan pasangan ini boleh dihentikan setakat itu, kerana di antara mereka masih tidak ada ikatan.

Pasangan yang telah ditunangkan, biarpun tidak ada ikatan perkahwinan dan boleh diputuskan, sama ada oleh pihak lelaki ataupun perempuan tetap meninggalkan kesan buruk, terutamanya kepada si gadis, kerana upacara pertunangan selalunya melibatkan ramai orang, kerana itu ia tetap tersebar.

Persoalan lain ialah apakah punca syak suami puan. Adakah kerana sikap puan yang masih berhubung dengan kawan-kawan lama, sama ada melalui telefon, kunjungan, ataupun dia terjumpa surat lama puan? Mungkin juga ada orang yang memberitahunya, secara sengaja atau tidak sengaja tentang peri laku puan ketika remaja.

Andainya punca tersebut bermula daripada puan, ia satu kesilapan besar. Bagi seorang isteri, suami yang baik itu adalah syurga baginya, begitulah sebaliknya, di mana suami memerlukan isteri yang soleh. Dalam sebuah hadis dari Abi Umamah, dinyatakan bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: Bagi seorang mukmin, setelah ia bertakwa kepada Allah, tiada sesuatu yang terbaik selain isteri yang soleh, iaitu apabila ia diminta melakukan sesuatu, ia taat, apabila dilihat, menyenangkan, apabila diberi janji diterima dan apabila ditinggalkan pergi, ia menjaga dirinya dan harta suaminya dengan baik. - Hadis riwayat Ibn Majah.

Di antara ciri-ciri isteri yang solehah ialah menggembirakan suami apabila si suami memandangnya. Rasa benci atau tidak suka suami melihat isterinya boleh berlaku kerana si isteri tidak taatkan si suami, melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan suami, termasuk rasa cemburu, syak wasangka, seperti isteri yang masih berhubung dengan teman-teman lelakinya dahulu, berkunjung ke rumah teman-teman lama tanpa pengetahuan atau keredaan suami.

Andainya ini terjadi, puan telah melakukan kesilapan. Seorang suami, biar baik sekalipun akan mengesyaki sesuatu yang tidak baik andainya hal-hal seperti ini berlaku, apatah lagi sekiranya ada orang lain memberitahu kelakuan isterinya ketika sebelum kahwin dahulu.

Sekiranya punca syak seperti ini bermula daripada puan, ia adalah peristiwa malang. Puan sepatutnya membuka lembaran baru sebaik-baik puan menjadi milik seorang suami ataupun lebih awal daripada itu biar betapa bebas diri puan ketika remaja dahulu.

Walaupun demikian, sekiranya punca itu tidak bermula daripada puan dan puan sedang berusaha menjadi isteri yang terbaik, tetapi rasa syak suami itu timbul, seperti yang terjadi, puan tidak perlu risau. Rasa tertekan dan kebingungan itu lahir, seperti yang puan alami merupakan perkara biasa, yang dicampur oleh rasa “salah diri” yang masih menjalar dalam diri puan akibat pergaulan bebas ketika remaja dahulu.

Ibu yang mengandung sepatutnya banyak berehat dan berusaha mencari ketenangan. Gangguan emosi ibu boleh melahirkan tindak balas anak dalam kandungan, serta membentuk perilaku anak yang bakal dilahirkan. Selain rehat yang sempurna, makanan yang sesuai dan mencukupi, ketenangan jiwa boleh didapati melalui berdoa dan beramal.

Amalan seperti ini biarpun banyak membantu untuk memperoleh ketenangan, namun terlalu sedikit orang yang memahaminya dan melakukannya. Ia juga sukar untuk dilakukan oleh mereka yang mengalami tekanan emosi.

Cara lain untuk memperoleh ketenangan jiwa ialah dengan beribadah pada waktu malam. Amalan ini amat besar fadilatnya. Allah menjelaskan (al-Muzammil: 6), bahawa bangun pada waktu malam itu lebih mudah mendapatkan rasa khusyuk terhadap ibadah yang dilakukan, manakala bacaan yang diucapkan, sama ada ketika sembahyang, membaca al-Quran, berdoa dan sebagainya lebih dapat dihayati, mudah menyerap dalam jiwa dan memberi kesan yang mendalam. Sembahyang di waktu malam melahirkan kekuatan jiwa. Satu cara penyucian hati dan memperkukuh iman, serta melahirkan rasa takarub yang lebih terhadap zat yang Maha Agung.

Rasulullah menyuruh agar setiap orang itu bangun pada waktu malam (mengerjakan sembahyang malam) kerana perbuatan tersebut menjadi kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu dan ia dapat mendekatkan diri kamu kepada Tuhan, menghapuskan kejahatan serta mencegah daripada dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.

Sikap suami puan yang dia tidak reda dunia, akhirat andainya puan menipu atau tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku ketika remaja mungkin kerana ia terlalu mengasihi puan dan apabila dia mengesyaki perilaku buruk pada masa lampau, dia begitu kecewa.

Kasih sayang

Mungkin dia merasakan bahawa kasih sayang yang diberi olehnya selama ini tidak dihargai oleh puan walaupun seandainya puan menceritakan apa yang pernah berlaku dahulu, menceritakan ke mana puan pergi dengan siapa, berpegangan tangan, bercumbu-cumbuan di tempat sunyi misalnya, saya berkeyakinan bahawa pengakuan ini tidak langsung menyelesaikan masalah atau boleh menghilangkan rasa sangsi dan syak yang membuku dalam jiwanya.

Besar kemungkinan rumah tangga puan menjadi ribut, kerana itu, apa yang puan rahsia dari pengetahuannya mengenai apa yang telah berlaku adalah tindakan yang lebih bijak.

Puan tidak melakukan dosa terhadap suami, biarpun diandaikan puan ada melakukan maksiat ketika remaja. Ketika itu puan tidak ada kaitan dengannya. Puan bersalah atau berdosa kepada Allah andainya puan ada melakukan maksiat ketika itu, kerana itu puan perlu bertaubat, tidak mengulangi perkara yang sama juga dosa-dosa lain. Dan ini telah pun dilakukan. Puan telah berusaha untuk menjadi seorang isteri sebaik mungkin, kerana puan telah insaf.

Dalam usaha menangani keadaan ini puan perlu tenang, lupakan peristiwa lama, hilangkan rasa bersalah dan yakinkan diri bahawa puan telah melakukan yang terbaik untuk suami. Kalaulah hal-hal yang berlaku seperti ini hendak diungkit-ungkit, sama ada ia berpunca daripada kesilapan puan, atau desas-desus orang luar, puan juga berhak bertanya kepada suami adakah dia pernah melakukan maksiat ketika remaja dahulu. Kalau ini berlaku, kekusutan rumah tangga akan berpanjangan tanpa berpenghujung pada hal bayi semakin hampir waktu lahirnya.

Dalam masalah halal atau haram, makanan juga minuman yang puan nikmati, hasil titik peluh suami tidak timbul sama sekali. Tidak ada kaitan dengan sikap puan yang tidak berterus terang kepada suami apabila timbul rasa syak. Makanan dan minuman tetap halal andainya diperoleh daripada sumber yang halal. Begitu jugalah sebaliknya kalau ia diperoleh daripada sumber haram.

Peristiwa yang berlaku ini memberi pengajaran kepada setiap orang, terutamanya kaum wanita supaya menjaga diri, adab sopan dan kelakuan, juga batas-batasan yang mesti dipatuhi. Dalam kehidupan bermasyarakat, terutamanya dalam masyarakat yang mempunyai hubungan rapat, orang ramai sentiasa memerhati kelakuan kita biarpun mulutnya tidak berkata-kata, tetapi tingkah laku kita tetap dalam ingatan orang yang memerhati tadi dan ia boleh diluahkan kembali apabila orang yang diperhatikan itu berkahwin dengan orang yang dikenali oleh pemerhati tadi, sama ada kawan ataupun saudara.

Seperkara lain, tingkah-laku buruk, lebih-lebih lagi kalau ia melibatkan perzinaan akan menghantui pemikiran pelakunya apabila ia mendirikan rumah tangga. Bagi seorang isteri, ia sering merasa bersalah dan berdosa kepada suami yang berkahwin dengannya, kerana itu kita mesti menjaga diri biar di mana kita berada.

Allah memberi nikmat yang tidak ada bandingannya, dengan mengurniakan seorang suami yang jujur, baik dan begitu prihatin terhadap rumah tangga. Apakah ada nikmat yang lebih besar bagi seorang isteri yang dianugerahkan seorang suami yang begitu baik? Untuk membalas nikmat anugerah Allah yang begitu agung dalam kehidupan rumah tangga, puan perlu memberi kasih sayang sebaik mungkin.

Mungkin lantaran memperoleh seorang suami yang begitu baik, puan merasa bersalah atas perilaku yang terjadi ketika remaja dahulu. Segala-galanya telah berlaku dan tertulis di Loh Mahfuz yang tidak boleh diubah.

Allah Maha Mengetahui bagaimana hendak menjadikan puan seorang yang insaf yang baik, iaitu dengan menemukan jodoh jejaka yang paling baik biarpun ketika remaja puan berpasangan dengan orang lain.

TANDA-TANDA DUNIA KITA MULA TERBALIK

Filed under: Sharing is Caring — aylahoney at 8:46 am on Monday, November 17, 2008

Ada beberapa perkara menarik berlaku dalam minggu ini. Kejadian itu semua bolehlah disenaraikan dalam tanda-tanda ‘dunia sudah terbalik’. Antaranya demonstrasi bantahan terhadap fatwa pengharaman pengkid.

Saya kurang pasti adakah dalam dunia ini mana-mana agama yang mengizinkan penganutnya yang perempuan menyerupai lelaki atau sebaliknya sehingga ‘fatwa’ tersebut dianggap menjejaskan hak mana-mana agama? Apatah lagi jika hukum tersebut hanya ditujukan kepada umat Islam semata. Atau mungkin mereka merasakan bahawa hukum itu menjejaskan hak asasi manusia.

Saya pun hairan apakah termasuk dalam hak manusia untuk menukar jantina? Ya, pada kaca mata aliran liberal tanpa sempadan keagamaan atau keinsanan, mungkin itu satu hak. Atau ia dianggap hak asasi bagi manusia yang menggunakan nama Tuhan menghalalkan apa yang bercanggah dengan ciptaan Tuhan. Tetapi pada nilaian fitrah insani yang sejahtera perkara itu adalah satu pencemaran hak. Sama seperti jika ada kelompok yang menuntut hak untuk bertelanjang di jalanan atas alasan kebebasan. Hak yang seperti itu hanya mencemarkan hak orang lain yang akan terganggu dengan tindakan mereka dan merampas keselesaan ramai. Lebih daripada itu, ia terkeluar dari nilai insani yang normal. Maka pemerintah di mana-mana negara pun jika membenarkan satu hak dalam masalah seperti ini, akan mencemarkan hak pihak yang lain. Sudah pasti neraca dalam masalah ini adalah nilaian agama dan fitrah insani yang lurus. Jika dibenarkan wanita menjadi lelaki atau lelaki menjadi wanita, maka hak kaum lelaki atau wanita yang normal akan tercemar. Akan berlaku kekeliruan gender yang meluas dalam masyarakat. Lalu lelaki atau wanita normal sukar mencari pasangan yang sebenar. Akan berlaku kecurangan yang luar biasa apabila ada kelompok manusia yang mencari pasangan sesama jantina. Jika hal itu meluas, maka perkembangan masyarakat manusia juga akan tercemar disebabkan tidak mungkin ‘hubungan seks’ sesama jenis boleh melahirkan zuriat. Maka atas nama hak, apakah nanti kita mesti mengwujudkan tandas ‘pengkid’ atau ‘tandas saudarai’. Atau apakah pengkid boleh masuk ke tandas lelaki, atau ’saudarai’ boleh ke tandas perempuan? Dunia akan terbalik nanti dan banyak kekalutan akan berlaku. Maka, tidak hairanlah jika Islam mengharamkan hal ini seperti hadis Ibn ‘Abbas yang saya sebutkan pada minggu lepas Rasulullah melaknat lelaki yang menyerupai wanita, dan wanitayang menyerupai lelaki (Riwayat al-Bukhari).

Cumanya, seperti yang saya nyatakan bahawa isu lelaki menyerupai perempuan tidak memerlukan sidang fatwa khas untuk mengeluarkan hukum mengenainya. Hukum yang seperti ini diketahui oleh sesiapa sahaja yang mempunyai walaupun sedikit asas pengetahuan agama Islam. Seperti yang saya nyatakan, yang agak peliknya, dalam fatwa yang dikeluarkan itu ditegaskan tentang haramnya wanita menyerupai lelaki, sedangkan fenomena yang bertebaran kelihatan di sana-sini adalah lelaki yang menyerupai perempuan. Sama ada pada gaya bahasa, gaya berjalan, atau lebih-lebih lagi ‘nafsu bercinta’. Wanita tiruan ini kelihatan dan kedengaran bukan sahaja di jalanan, tetapi juga di media massa; radio, televisyen dan akhbar. Mereka kelihatan mendapat lesen yang besar tanpa dipertikaikan oleh sesiapa. Tiba-tiba muncul fatwa yang menegaskan tentang ‘haram pengkid’ dan tidak pula menonjolkan tentang haram lelaki cuba menjadi wanita. Perkara-perkara yang seperti inilah yang menjadikan manusia bersalah sangka lalu menganggap sesuatu fatwa yang dikeluarkan oleh ‘insan-insan berjawatan’ itu mengambil kira soal kedudukan dan ‘keselesaan kerusi’ masing-masing. Ini semacam fatwa yang mengharamkan kanak-kanak bermain mercun kerana dikatakan membazir, tetapi dalam masa yang sama tidak pula mengharamkan mercun yang ratusan ribu ringgit yang dimainkan dalam berbagai-bagai keramaian atau tidak pula mengeluarkan fatwa mengharamkan pembaziran yang berlaku dalam pengurusan wang rakyat. Ini pun menunjukkan dunia kita memang nak terbalik..

Dalam celahan cerita wanita yang ingin menjadi lelaki, timbul pula kes kezaliman terhadap wanita di Kedah. Bagaimana seorang wanita mendakwa dirinya yang dizalimi oleh kecuaian Pejabat Agama. Dalam tempoh lapan tahun pihak Jabatan Agama tidak memberikan kepadanya surat cerai, tiba-tiba apabila beliau berkahwin dengan lelaki lain datang perintah mahkamah yang menyatakan perkahwinannya dengan suami yang kedua itu tidak sah dan dianggap ‘bersuami dua’. Ketika beliau berulang-alik ke Pejabat Agama meminta surat pengesahan cerai, mereka gagal memberikan kepadanya. Malangnya, apabila beliau berkahwin dengan suami yang kedua dan mempunyai dua anak, datang pula surat mahkamah syariah yang membatalkan perkahwinan dan menyuruhnya kembali kepada suami yang pertama. Hari ini beliau hidup penuh tekanan dan penderitaan jiwa. Jika benar dakwaan beliau, alangkah kejamnya pengurusan yang diberi nama agama ini. Dahulu saya pernah mencadangkan agar kita mengurus perkara-perkara halal dengan baik dan mudah serta membendung perkara- perkara haram agak menjadi rumit susah untuk mendapatkannya. Malangnya, hal ini tidak berlaku. Sehingga ada negeri yang memenjarakan sesiapa yang berkahwin di luar negerinya. Begitulah urusan perkahwinan disulitkan dengan berbagai-bagai ‘karenah pengurusan’ yang pelbagai. Sebahagiannya dijadikan bisnes dengan yuran yang menguntungkan. Lihat sahaja apakah sukatan dalam sesetengah kursus perkahwinan. Sementara kes talak tertangguh begitu banyak yang memakan masa bertahun-tahun. Ia menghalang wanita untuk berkahwin semula sedang tuntutan jiwa dan nafsu wujud apatah lagi bagi wanita muda. Mahkamah dengan mudah menangguhkan kes hanya kerana suami tidak datang walaupun sudah berkali-kali. Wanita-wanita yang dianiayai lelaki sebegini didera perasaan dan nafsu kelaminnya. Ini adalah kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan terhadap wanita.

Kuasa

Malang sekali, kes-kes yang seperti ini tidak diselesaikan dengan kuasa hakim. Hakim sepatutnya boleh diberi kuasa fasakh yang lebih jelas dan tegas kepada suami zalim dan tidak bertanggungjawab. Keengganan hadir ke mahkamah tanpa alasan yang diterima boleh dianggap sebagai sebab untuk perkahwinan dibatalkan. Dukacita, pihak pengurusan agama ini jika ditegur ada yang melenting. Padahal bukan sedikit kaum wanita yang menunggu bertahun-tahun untuk kesnya diselesaikan. Ini semua boleh menjadi faktor terdorongnya gejala maksiat akibat runtunan nafsu yang tidak dapat diluruskan secara yang kononnya dianggap ‘berdasarkan undang-undang syarak’. Di manakah keindahan syariat hendak dilihat jika dikendalikan seperti ini? Benarlah kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H) yang selalu sayang ulangi: “Sesungguhnya syariah Islam itu binaan dan asasnya adalah atas segala hikmah dan kebaikan untuk manusia di dunia dan akhirat. Syariah Islam itu segalanya keadilan, kebaikan dan hikmat. Maka setiap perkara yang terkeluar dari keadilan kepada kezaliman, dari rahmat kepada yang berlawanan dengannya, dari kebaikan kepada kerosakan, dari hikmat kepada sia- sia maka ianya bukan syariah Islam sekalipun diberikan takwilan untuknya”. (Ibn Qayyim al-Jauziyyah, I’lam al-Muwaqqi’in, 3/3, Beirut: Dar al-Jail). Sebab itu saya pernah mencadangkan agar pihak berkuasa agama menumpukan kepada penyelesaian kes-kes yang seperti ini daripada menumpukan ‘operasi mengintip’ maksiat di dalam bilik-bilik hotel yang belum tentu ada. Selesaikanlah kes yang jelas wujud dari disibukkan diri dengan perkara yang tidak pasti. Namun dunia agaknya sudah terbalik..

Bercakap soal keadilan, ada yang bersungut dengan keputusan Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis baru-baru ini yang memutuskan mengenai nasab anak yang tempoh perkahwinan ibu bapanya kurang daripada enam bulan seperti berikut; “Anak yang lahir kurang daripada enam bulan ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”. Keputusan ini telah disahkan oleh Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis yang dipengerusikan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibn Tuanku Syed Sirajudin Jamalullail pada 4 November 2008.

Maksud fatwa ini adalah seorang wanita yang berkahwin dan melahirkan anak sekalipun tempoh perkahwinannya kurang daripada tempoh enam bulan tetap boleh menasabkan (membinkan) anak yang dilahirkan kepada suaminya dengan syarat si suami tidak membantahnya. Sebabnya, di Malaysia, pihak pendaftaran enggan mendaftarkan anak orang Islam secara di’bin’kan kepada bapanya jika tempoh perkahwinan mereka kurang daripada enam bulan. Dalam erti kata lain anak tersebut dianggap ‘anak luar nikah’.

Hasil daripada peraturan ini maka ramai anak yang tidak dibinkan kepada bapa mereka. Lebih menyedihkan apabila anak tersebut mendapati hanya dia yang tidak berbinkan bapanya sedangkan adik-beradiknya yang lain berbinkan bapanya. Ini merupakan satu tekanan kepadanya yang tidak berdosa dalam perkara tersebut sepanjang hayatnya. Pihak ibu bapa pula, amat sukar untuk menerangkan hakikat sebenar kepada anak berkenaan kerana itu akan membuka ‘aib yang telah cuba ditutup. Di samping boleh menghilangkan rasa hormat anak kepada ibu bapa yang telah insaf dan sedang membina dan mendidik keluarga. Atas keadaan tersebut maka, isu ini saya bincangkan dalam Fatwa Negeri Perlis. Kita sedar, adanya perbezaan pendapat di kalangan sarjana fekah dalam hal ini. Namun, setelah meneliti dalil-dalil syarak dan alasan-alasan para sarjana yang berbagai-bagai, maka keputusan tersebut dibuat. Antara dalil yang dijadikan asas perbincangan dalam kes ini adalah sabda Nabi saw: “Anak itu (nasabnya) kepada suami menyetubuhinya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Hadis ini disebutkan oleh Nabi saw apabila berlaku perebutan nasab anak pada zaman baginda antara Sa’d bin Abi Waqqas dengan ‘Abd bin Zam’ah. Sa’d membuat tuntutan dengan mendakwa bahawa saudaranya ‘Utbah bin Abi Waqqas memberitahu bahawa anak Zam’ah yang masih budak ketika itu sebenarnya adalah anaknya. Namun ‘Abd bin Zam’ah membantah dengan menyatakan itu ialah anak ayahnya Zam’ah yang mengahwini ibu anak berkenaan. Sa’d mengukuhkan dakwaannya dengan menyatakan anak berkenaan begitu jelas menyerupai saudaranya ‘Utbah. Apabila kes ingin diangkat kepada Nabi SAW, baginda mendapati ternyata anak berkenaan jelas menyerupai ‘Utbah bin Abi Waqqas, saudara Sa’d. Namun baginda memutuskan anak itu ialah anak Zam’ah dengan bersabda: “Anak itu (nasabnya) kepada suami yang menyetubuhinya, sementara bagi perzinaan itu hanya kekecewaan (tiada hak yang dituntut)”. Daripada hadis ini dapat disimpulkan bahawa Rasulullah saw memberikan hak nasab kepada suami si isteri sekalipun anak itu ada kemungkinan anak zina. Juga hadis ini menunjukkan penyelesaian Nabi saw yang tidak ingin membongkar keburukan yang lepas. Jika baginda memutuskan kes seperti itu mesti diselidiki maka sudah pasti pelbagai keburukan peribadi akan terdedah dan menyebabkan keruntuhan kepada keluarga. Selagi mana si suami sendiri menerima anak itu adalah anaknya, maka tiada alasan untuk mereka yang tidak berkahwin secara sah dengan si ibu membuat tuntutan.

Bahkan di kalangan sarjana Islam ada yang berpegang bahawa anak zina boleh dinasabkan kepada bapa zinanya sekalipun jika wanita berkenaan tidak berkahwin dengan lelaki yang berzina dengannya. Namun syaratnya mestilah wanita tersebut juga tidak berkahwin dengan lelaki lain seperti dalam kes hadis di atas. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi: “Lelaki dan wanita yang berzina jika bertaubat kepada Allah dan ingin keluar dari yang haram kepada yang halal, dari kehidupan yang dicemari kepada kehidupan yang bersih, berubah kehidupan mereka dari zina yang haram kepada persetubuhan yang halal, maka perkahwinan mereka sah dengan ijmak (sepakat tanpa kecuali seluruh para mujtahid)…beberapa tokoh fekah salaf; ‘Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishaq bin Rahuyah dan selain mereka berpendapat harus dinasabkan anak zina kepada bapa zinanya jika wanita berkenaan tidak pernah berkahwin (selepas itu). Pendapat ini disokong oleh Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dan muridnya Ibn al-Qayyim”. (lihat: islamonline.net). Namun, keputusan Fatwa Perlis hanya membincangkan tentang keharusan menasabkan anak kepada suami sekalipun perkahwinan itu kurang daripada enam bulan. Dengan itu maka mereka yang terlibat dalam perzinaan lalu bertaubat dan berkahwin, anak yang dikandung bolehlah dinasabkan kepada si suami sekalipun baru berkahwin dengan syarat tiada bantahan daripada suami.

Antara kebaikan fatwa ini; ia menutup keaiban lepas yang berlaku kepada pasangan yang sudah berkahwin dan bertaubat. Juga menghilangkan perasaan malu dan terasing anak yang selama ini tidak dibinkan kepada bapanya disebabkan faktor kekurangan tempoh perkahwinan serta membantu ibu bapa yang terlanjur meneruskan kehidupan dan pembinaan keluarga.

Ada yang kata; fatwa ini menggalakkan orang berzina. Saya kata tidak sama sekali; ia memberi orang bertaubat dan menyelamatkan maruah anak yang tidak berdosa. Yang menggalakkan maksiat adalah adegan-adegan panas dalam media, juga pengurusan yang menyusahkan kahwin dan talak. Fikiran anda jangan terbalik!

Oleh: Y. Bhg. Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

TERMINATION NOTICE

Filed under: Deeper Than The Ocean, Working Life — aylahoney at 8:26 am on Tuesday, November 4, 2008

Alhamdulillah, akhirnya saye berjaya lakukan. Surat perletakan jawatan saye sebagai architect di GSD telah saye serahkan kepada secretary boss selepas lunch semalam. Lega…

Keputusan untuk menamatkan tugas di sana telah lama saye pertimbangkan. Hampir 2 bulan. Atas nasihat ayah, mama, abah, mama dan tunang tersayang, saye lakukan juga dengan harapan hari esok menjanjikan lebih banyak ilmu dan pengalaman. Bukan mudah untuk saye memutuskan tapi bila fikir tentang keluarga yang akan kami bina, tentang suami dan bakal anak-anak, saye tahu saye perlu lakukan.

“Kak L, I rasa nak resign le..”

“Nape?? You dah confirm ke belum??”

“Hujung bulan ni baru genap 6 bulan.. maybe next month dpt la confirmation letter..”

“You dah apply tempat lain ke??”

“Belum.. but I’m thinking of doing so before getting married. Ye la.. later I’ll move to Shah Alam. It’s too far for me to travel to work everyday. Dengan jam nyer.. minyak lagi.. tol lagi..”

“Hmm, I think you better reconsider.. skrg ni recession. Company husband I dah terminate 10 org.. Biasa laa.. LAST IN, FIRST OUT..”

Seminggu selepas sessi meluah perasaan pada Kak L, boss telah naikkan gaji saye dan bagi bonus raye yg ‘busat’.. Hmm, dah agak dah.. mesti cik puan tu repot kat boss.. Aku baru hint-hint je le.. =D

Al-kisah, lepas cuti raya, seperti yg saye expect, confirmation letter terbaring atas workstation saye. Tapi, keputusan muktamad telah saye lakukan jadi surat itu saye tak tandatangan. Saye letak saje di tepi bantal tido saye. ;P

Dan semalam, semuanya berlaku. Boss yg good pada pada sebelah pagi, terus moody je petang semalam. Saye buat biasa je la… Waktu tengah tunggu turn solat asar,

“Hani, you really make me sad. You really make me sad. You really make me sad.” Sambil dia menggeleng kepala dan jelas kesedihan di wajah.

“Err, why??” Saye tak pasti dia maksudkan ape..

“I know you know what I’m talking about…”

“About what..??”

“You jangan ingat I tak tau semua yang berlaku dalam opis. I tau you nak resign. I pun tau you have problem with that perempuan.”

“Mr. ++, life is full of surprises.. dun worry, someone better will replace me..”

“I know.. but why so soon Hani?? I thought you already changed your mind..”

“I told you before, I’m getting married in December. I have to decide and be firm with my decision. I never changee my mind until now..”

“Yeah I know you’re getting married. But I didn’t expect you to leave us in 3 wks time.. that is so soon.. I thought sometimes next year..”

“I received an offer from PWDM recently. I have to accept it no matter what.. I’m not that lucky to always get a second chance.”

“Hani, the boss already mentioned to me that you will get a few months bonus end of this year. If you leave the company now, you will lose it.”

“Thank you for his kindness but I have made my decision.”

“Are you sure??”

“Yes, I am.”

Saye tahu bos suka saye bekerja di situ. Dari minggu kedua saye di sana, dia kerap mengulang kata-kata ni..

“Hani, I really like your attitude.”

Tak tahulah attitude yang mana… Bos ni bukan suka memuji tapi dengan saye dia ok tau!!! Kak L pernah bagitau, S tegur boss sebab suka sangat pressure new staffs sampai semua habis cabut lari. Ada yg beberapa hari dah blah.. Saye pun dulu tak tahan dengan boss ni. He loves to scold people.. Saye dulu kena teruk jugak dengan dia. Dia kutuk drawings saye.. design saye.. sketches saye.. pendek kata, ada je la yg tak kena padahal org lain tgk ok je.. Cuma saye ni dah lali kena tengking n so on. Tak rasa ape dah.. Cuma pernah dulu dia tengking saye depan semua staff..

“Have you faxed the drawing to Lum Chang??”

“Yeah.. I faxed it to his partner.. Mr. Lee..”

“Who told you to fax it to Mr Lee?? I told you to fax the drawings to Lum Chang. Not Lee. I dont like Lee. He dont understand my idea and design.. Bloody Lee!!!”

“L told me to fax it to Mr.Lee cos he’s in-charged of the project.”

“Who’s your boss?? Me or L??”

I just kept quite. Org lain pun senyap jugak and buat-buat busy. Waktu tu, saye baru beberapa hari keja. Satu habuk pun saye tak tahu tentang working life ni. Horrible gak laaa.. =S

“I’m sorry boss. I didn’t know. Next time I’ll check with you again if I get confused with any job.”

“Haa.. ok.. Next time please aa.. follow my order not anyone else in the office.” Tetiba je mood dia yg high tu baik. Siap boleh senyum yg buat aku konpius tuu.. Suara yg high pun tetiba low..

Lepas boss blah, si Siew Har pun tetiba ketawa besar..

“Hey lu olang.. I macam tak percaya laa.. boss tiba-tiba saja good mood lepas hani kata sorry. Siap boleh pujuk hani dengan suara lembut maa.. I tak percaya maa ape i dengarrrr…”

Semua org pun mula bsing-bising tiru gaya boss tadi sambil gelak-gelak. Aku yg terkulat sorang-sorang.

“Hani!!”

“Yerr..”

“Sini laa..”

“Hmm.. nape??”

“Lain kali, tak kira ape org lain kata, ko kena ikut boss gak.. unless ko check balik dgn dia..”

“Aku tak tau tadi…”

“Tak pe laa.. next time ko kena ingat k??”

“Pastu kalau ko nak jumpa boss, make sure jgn hari isnin/selasa, masa gaji kuar hujung bulan, masa dapat bonus & masa ramai org amik cuti macam hari raya…”

CONGRATULATIONS BANGLONG!!!

Filed under: Deeper Than The Ocean, Family — aylahoney at 6:25 pm on Friday, October 31, 2008

Beliau anak sulung dalam SIajam’s dynasty. Anak yang rajin dan taat kepada ibu bapa juga pencipta. Dilahirkan pada 16 Dec 1973 di Seremban. Mendapat pendidikan awal di Wisconsin, America dan menamatkan sekolah rendah di Sek. Ren. Batu 9. Beliau kemudian mendapat tempat di salah sebuah sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAP LABU). Beliau merupakan pelajar yang cemerlang dalam pendidikan dan juga kegiatan luar seperti Juara Pertandingan Khat peringkat N.Sembilan, Johan Tahfiz, Johan Hafazan, johan segala bidang agama ketika tu dan juga imam di sekolah tersebut. Pernah membuat persembahan nasyid lagu Kitab Al-Quran yang akhirnya menjadi lagu tema Pertandingan Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa. Kalau sebut nama SHAMSUL IZHAR, semua org kenal dan respect. Banglong sangat berbudi bahasa dan penyabar. Saye sendiri sepanjang hidup dengan beliau, tak pernah tgk Banglong marah. Dia kesayangan keluarga…

Tamat SPM pada tahun 1990, Banglong diterima melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di USM Penang. Bidang Perubatan adalah minat Banglong sejak sekian lama. Beliau memang mengimpikan career sebagai doktor kerana minat beliau yang sangat suka membantu org yang memerlukan. Saya juga yakin Banglong memang mampu bergelar doktor yg mantap suatu hari nanti kerana attitude beliau yang sangat mulia mengalahkan doktor-doktor yang wujud kini. Maaf ye!!! To him, money is not everything…

Tidak lama selepas Banglong memulakan pengajian di USM, beliau menerima tawaran melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Japan.

Ayah bantah.

Tetapi Mama mahu.

Kesudahannya Banglong melupakan cita-cita beliau untuk menjadi doktor dengan mengikut kehendak Mama yg mahu Banglong ke Japan.

Japan??

I hate Japan. Ayah hate it too… but let it be a secret…

Sejak itu, dari tahun 1991 hingga 1999, Banglong menetap di Osaka dan Tokyo.

Banglong menamatkan zaman bujang dengan gadis Jepun yg bernama Kiyomi Ikebayashi pada Julai, 1998. Pada August 1999, Ismail Hakim dilahirkan di Kuantan. Mereka menetap di sana sebab Banglong kerja di Japanese Factory - PolyPlastics. Mereka kembali ke Japan pada April 2005 kerana Banglong akan menyambung pengajian peringkat PhD di sana. Beliau mendapat penajaan dari Kerajaan Jepun selama 2 tahun.

Alhamdulillah.. setelah melalui segala kesukaran, beliau berjaya menamatkan pengajian di Tokyo Agricultural Uni pada September 2008 ketika kita semua sedang menjalani ibadah puasa. Syukur…

Banglong, we’re so proud of you… Congratulations Assoc. Prof. Dr. Ir. Shamsul Izhar bin Dato’ Siajam. Can’t wait to see you, Kak Ayu and Hakim in December. You’re the hero!!!!

May Allah always be with him

May Allah always be with him

Miss him...

Miss him...

Skiing.. Lupa la katne.. He's a PRO okehh!!!

Skiing.. Lupa la katne.. He

Sports Day

Sports Day

Hakim cycling at park close to his house

Hakim cycling at park close to his house

Hakim baru balik from school in Tokyo

Hakim baru balik from school in Tokyo

Hakim melawat nenek kat Malaysia in Nov, 2007

Hakim melawat nenek kat Malaysia in Nov, 2007

Cucu nenek makan limau atas katil. Kalau nenek korang nampak, mmg syok la korang kena hambat.

Cucu nenek makan limau atas katil. Kalau nenek korang nampak, mmg syok la korang kena hambat.

Kak Ayu and her mom at Hakim's Primary School

Kak Ayu and her mom at Hakim

Eldest Bro had a conference in Honolulu

Eldest Bro had a conference in Honolulu

Congratulations Big Bro!!! You're the MAN...

Congratulations Big Bro!!! You

POTLUCK RAYA

Filed under: Uncategorized — aylahoney at 10:34 am on Thursday, October 16, 2008

Hari minggu ni Saiful dan Kak Dahlia buat potluck again tapi sempena raya. Kalau dulu bulan Ramadhan saye hanya prepare cocktail dan buah, kali ni saye rasa saye nak sediakan pasta dan bread & butter pudding. Walaupun resepinya saye dah tak berapa ingat sebab lamanya tak memasak kat Malaysia ni, tapi saye akan bantai bantai jugak.

Arghhh… now I miss my kitchen back in Newcastle!!!!

Kitchenette saye tu very simple but practical. Tak oily macam most kitchens yg I penah lepak kat Malaysia ni. Very clean and nice tauu.. Kadang2 kalau saye, Clare dan Tina memasak serentak, sure montot kitorg akan berlaga giteww.. hahahh… Agaknya tu laa pelazat resepi kitorg.. =D

Selain potluck rumah Saiful, saye juga akan attend open house di rumah Idris dan Yati bersama tunang saye. Rasanya yg ini tak perlu bertukar hidangan. Cuma perlu bertukar pandangan… ;P

Saye target weekend ni nak settle raya rumah Bangah dan beberapa kawan kat Gombak sana termasuk rumah bakal mertua. ;D Sedar tak sedar, waktu utk kami bersatu semakin hampir… auwwww… debar lain macam nih!!!

WAJAH BARU

Filed under: Deeper Than The Ocean — aylahoney at 8:39 am on Wednesday, October 8, 2008

Saye tak tahu ape yang tak kena dengan blog frenster saye ni. Dulu dah elok-elok Aku Darah Anak Malaysia tapi tiba-tiba blog saye hang. Berhari-hari saye tak dapat update. Bila saye godek-godek, tiba-tiba muncul blog baru tapi isi kandungan sama yg bernama RUHH AL-HANI hanya setting nya berterabur hingga saye sendiri sukar menyusunnya kembali.

Sekali lagi saye godekblog settings hingga akhirnya wajah blog saye begini. Tapi dulu komen dari pembaca terus keluar di blog cuma sekarang semuanya perlu pengesahan dari saye. Nasib baik saye sign in email account yg sudah berabuk tidak saye tatap dan perasan tentang unapproved comments di blog saye. Saye tak kisah auto approved sebab saye kenal semua org yang melawat blog saye. Bezanya kini blog saye tidak lagi dapat di search oleh public di google search. MENARIK.

NYARIS.

Jika saye terus biar inbox berabuk pasti rakan-rakan saye menyangka komen mereka telah saye delete. Maafkan saye semua. Saye TIDAK TAHU. Selepas ini saye akan rajin cek inbox dan pastikan semuanya up-to-date. Tapi kalau boleh saye mahu comments automatically approve supaya mudah saye ‘mengesan’ kehadiran objek-objek baru.

Bila berkesempatan saye akan godek lagi setting blog saye ni yang kelihatan agak baru dan sedikit peningkan kepala saye yg selalu pening ni. =D

ADMIN FRENSTER!!! Sila bantu saye yg kadang-kadang celik tapi adakalanya samar-samar IT… hahahhh…

Next Page »